Ingat nak bagi anak kejap2 je, lepastu boleh pulak anak tersangkut.
Ni dah 2 tahun, tak reti cakap lagi.
Kalau tak bagi, tak boleh nak duk diam makan.
Kalau tak bagi, anak jadi tak keruan.
Ada masa lagi ke nak berubah?
Saya yakin semua parents pada awalnya akan bersangka macam ni.
Tapi akhirnya bila sampai dalam 2-3 tahun, baru la kte perasan yang tindakan ini hanya memakan diri sendiri.
Katanya sayang kan anak, tapi hakikatnya, tepuk dada tanya sendiri?
Bukan nya tidak boleh beri langsung tapi memang harus ada pengawalan.
Semua benda dalam dunia ni, kalau berlebihan memang akan berakhir dengan keburukan walaupun awalnya ialah sesuatu benda yang baik.
Ini cara kami mendidik anak untuk tidak hairan langsung dengan gadget
1.Menerangkan bahayanya gadget – Ini hanya boleh berlaku kalau anak boleh menerima kata-kata penjelasan daripada kita. Jadi rajin-rajinkan diri untuk menerangkan sesuatu kepada mereka jadi bila mereka dah bersedia untuk bercakap, mereka akan senang untuk memahami the reason behind dos & donts
2.Tidak mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan tantrum anak – Cuba ambil masa memahami anak sendiri. Ambil tahu apa minat anak dan cuba memberikan mereka galakan secukupnya
3.Buat aktiviti dengan anak – Buangkan sikap untuk anak pandai main sendiri. Mereka ialah anak kecil yang perlu dorangan, perhatian dan tunjuk ajar dari kita. Jadi, kalau beli edutoys, tolong main bersama
4.Memilih rancangan TV yang baik & waktu menonton – Kami hanya memilih rancangan yang berkonsepkan education and yang ada value. Bukan nya skema tetapi kami fikir, sejauh mana kita boleh kawal anasir luar, lebih baik kawal. Lagipun kami memang penggemar national geographic. Kartun yang mereka tengok adalah rancangan dari cbebbies – go jetter, andy’s safari adventure dan sebagainya. Sebabkan anak ke playschool fullday, mereka hanya dibenarkan menontot tv pada waktu 7.00-8.30pm sahaja (maksimum). Ikut rules ni. Bukan nya susah sangat pun
5.Membawa edutoys yang friendly travel – Walaupun hanya keluar nak pergi makan depan rumah, Iman akan bawak bag kecil untuk isi toys kesukaan nya. Kalau rasa handful, parents boleh berfikiran kreatif untuk bermain dengan sudu garfu dan menu. Game yang saya selalu main ialah susun sudu garfu mengikut sequence dan look and find gambar di dalam menu
Biasa je kan tips ni. Memang tiada yang luar biasa.
Untuk parents yang mengalami anak tantrum sebabkan gadget, tolong henti kan sekarang perlahan-lahan.
Ambil small steps untuk memasuki dan memahami alam mereka.
Kalau parents pun tidak buat, siapa lagi kita nak harapkan?